Followers

07 December 2010

Alhamdulillah..


Assalamualaikum W.B.T, salam ukhwah kepada semua blogger... Masa begitu pantas berlalu tanpa dpt kita menahannya. Dalam sedar atau tidak sedar kita telah pun menjengah tahun baru Awal Muharram 1432H. Alhamdulillah dengan usia yang dipanjangkanNya kita bersua lagi di tahun baru ini. Saya juga berharap agar rakan blogger semua tidak terlepas membaca doa akhir tahun dan awal tahun pd mlm tadi. Semoga Allah mengurniakan kita nikmat dan kesejahteraan di tahun baru 1432H ini.

Maal Hijrah merupakan permulaan tahun baru Taqwim Islam. Ia bermula demi memperingati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi dan mengingatkan kita tentang perubahan iaitu dari perkara negatif kepada perkara positif atau dari kurang baik kepada yang lebih baik dan sempurna.

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya …inilah yang dituntut oleh Islam!!!.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Subhanallah!!

2 comments:

IMANSHAH said...

salam maal hijrah kak

HASNAH said...

imanshah, salam..semoga di lembaran baru ini, apa yg kita inginkan akan tercapai..insyaallah!!!

Sudi-sudikanlah singgah di teratak ini...

Always remember Allah

my happy life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

da'only one...

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

hepi besday..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers