Followers

01 June 2012

Speacial entry for my Beloved Husband~

Hari ini 1 Jun 2012 bersamaan dengan 11 Rejab 1433 hijrah (Jumaat) merupakan hari ulang tahun kelahiran suamiku tercinta yang ke 46. Ehemmm, nampaknya bertambahlah lagi usiamu abang. Tiada apa yang istimewa yang dapat isterimu berikan kepadamu abang melainkan doa dan harapan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita yang halal dan biar apapun rintangan kita tempuhi bersama dalam suka dan duka. Setiap pengorbananmu selama ini amat aku hargai, terlalu banyak pengorbanan yang telah kau berikan terhadap kami... selama kebersamaan kita selama 20 tahun ini.. Kami sayang kamu..


31 May 2012

Alhamdulillah, praise to Allah...




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu di blog kesayanganku ini. Semua idea hanya terpendan & terperam dalam minda sahaja. Banyak perkara menarik untuk diceritakan dan dikongsi tetapi bila sampai masa nak menaip, tiba2 boleh pulak aku kehilangan mood… aduyaiii.. maafkan aku wahai sahabat!! 

Tapi.. walau payah sekalipun, kali ini ku gagahi untuk ku menitipkan sesuatu yang padaku agak bermakna dan bererti..Sesungguhnya tiada apa yang ingin ku pinta lebih padaMU Ya Allah, cuma ucapan Syukur dari hati yang terlalu tulus di atas semua anugerah kurniaanMU padaku insan yang lemah ini..

Hakikatnya, sejak kebelakangan ini Rahmat yang KAU turunkan buat kami sekeluarga terlalu
besar.. sesungguhnya buat seketika tiada yang ku mohon lebih, cuma sekadar ucapan SYUKUR yang tak terhingga..

Syukur Ya Allah dgn segala limpahan nikmatMu yg tidak putus-putus meliputi setiap detik nafas dan kerdipan mata kami dan setiap rezeki yg Kau sampaikan kpd kami di kala ingat atau lupa kpd di Kau Ya Allah! Kau jadikanlah kami di kalangan org2 yg dapat melihat wajahMu yg agung di akhirat dan bukan sekadar mrk yg memasukki syurgaMu tanpa hisab! Amin!

24 April 2012

my lovely new gadget

Assalamualaikum buat semua teman yg masih sudi singgah kt laman saya..
Walaupun dah berkurun tak menulis, tapi saya masih tetap menjengah laman blog sahabat semua.

Kali ini saya ingin berkongsi rasa happy saya.. hihi.. :)
Syukur Alhamdulillah.. saya dan my doter dpt hadiah besar dr orang yg kami sayang..
(nampaknya kena tambah sayang la ni.. thanks la ye my dear...)
Walaupun mungkin bagi sesetengah sahabat, ianya tidak besar,
tapi bagi kami pemberian ini sememangnya sangat-sangat menggembirakan hati...

Korang nak tahu ke? alaaa kalau korang x kesah pun, saya tetap jugak nak tunjuk..hihi

MY NEW SAMSUNG GALAXY NOTES





Oh ya, my doter plak dapat lappy baru..
Seronok bukan main lagi..
Semoga dapat menggunakannya dgn sebaik2 mungkin
dan seterusnya berjaya dalam pelajaran..INSYAALLAH...
Sorry la ye.. gambar lappy x de plak.. (mood : rasa malas nk snap..huhu)

20 March 2012

Jommmmmmm...Pindahhhhhh..

Assalamualaikum wahai sahabat2ku..
wahhhh.. lamanya x meng'update' blog sy yg kian kusam ni...
'SIBUK'.. tu aje yg slalu sy bg unk alasan2 yg sebelumnya.. hihi..
x jugak ketinggalan unk alasan yg kesekian kalinya ini... urmmm.. apa2 aje la ye..

Rasa cam nk kongsi pengalaman yg satu ini..
Sy rasa sgt teruja unk berpindah ke bangunan baru sekolah saya yg dh siap..
Seronok.. mmg la kan.. siapa x seronok kan.. dpt semua serba baru..
mood: x sabar ni..hihi..

Hari ni bangunan baru ni diserahkan secara rasminya kpd pihak sekolah..
Jadinya kitaorang dh boleh naik dan guna blok bangunan baru tersebut...
Walauponnnn.. hakikatnya masih ada perabut2 yg lom sampai.. tapi x apa la...
sekurang2nya warga skolah kami dpt merasa sedikit perubahan. ..
dari blok bangunan yg lama, yg tidak mempunyai bilik2 yg cukup..
kpd bangunan yg baru, yg serba mencukupi... malah rasanya berlebihan pula...

Jadinya, semalam Guru Besar membawa semua guru2
melawat bilik2 di dlm bangunan baru tersebut..
ermmm bestnya.. dan ini hanya sebahagian pic yg dpt dikongsi..
meh layan...

MOOD: MESTI PENAT GILA NANTI... BANYAKNYA KERJA YG SDG MENANTI...


meh, jemput masuk dalam bilik khas yg saya terajui... BILIK SAINS

wahh.. khusyuk betul dgr taklimat dr Tn GB (yg berbaju belang biru)


jeng..jeng.. ni la bilik sains saya tu... best kan..

03 February 2012

Senang dan susah..

Assalamualaikum semua..
Hari ni nak la bercerita sket mengenai arnab..
Asalnya seorang kawan hadiahkan saya 3 ekor arnab yg sgt cantik..SiHitam, SiPutih & SiCoklat Memandangkan my doter minat sangat nak bela (tapi sgt takut dan geli.. walauponnn...) saya mula membela arnab2 tersebut.. rasanya pelihara arnab ni tak la sesusah membela kucing (dulu saya pernah bela kucing sampai 7 ekor..huhu).

Yang best nyer pasal arnab nie, dia diam jer, x bising cam kucing yg tak dapat nasi..xde bersuara meskipun lapar atau dahaga.. cuma menjerit bila kesakitan dan ketakutan sahaja. Arnab nie manja, baik, bulu gebu..seronok tengok aksi dia bermain dan berlari-lari, terutamanya semasa buat stunt berdiri di atas dua kaki dalam tempoh masa yang lama.

Najis arnab pun senang nak uruskan..sebab dia kering dan berbentuk bulat..kalo pegang, tangan tak kotor..tapi mesti cuci tangan bersih-bersih..Yang problemnya ..air kencing arnab berbau sket…

Bab makanan arnab pun senang jer…kasi pellet, buah-buah,dedaunan, rerumput dah cukup, bunga pun dier makan gak…memang tak banyak songeh la bela arnab nie…

Arnab jarang menggigit…kalo dia menggigit ada la salah silap kita terhadap dia yang kita tak tau…hehe…pernah satu kali tu saya agak lewat memberi makan…haaa… apalagi ngaapppp…digigitnya tangan saya!! Adoiii…sakit…berdenyut-denyut sakitnya sampai 3 hari…dan lepas tu saya dah taubat x beri makanan lewat lagi..

Yang susahnya, bila nak bela anak si arnab ni, ianya sama sekali x seperti kucing yang sgt bersifat keibuan.. bila beranak, si kucing ni jaga anaknya sampai sihat dan membesar.. tapi si arnab ni plak, tau beranak je.. pastu dia boleh buat donoo jer.. nyampah.. dah lah saya tiada pengalaman menjaga anak2 arnab.. kerapkali lepas si arnab ni beranak, anak2 itu akhirnya mati.. kesian kan..

Jadi, tugas kita la untuk memberi susu kepada anak2 arnab yang cam tikus tu ( geli sesangat, sebab badan licin dan tiada bulu... eeee..) terpaksa bergotong royong dengan hubby memegang ibu arnab dan memaksa si ibu menyusukan anaknya.. tension je..
tapi sekejap ke, bila cukup menyusu.. dan anak2 arnab ni dah mula tumbuh bulu.. rasa sangat seronok dan tak puas buat main.. ni anak arnab yg dah berumo sebulan..






25 January 2012

Tq semua.. nza, ina & nor

Hanya ini yang mampu ku ucapkan...
Syukur padaMU Ya Allah..
Blog ku kembali pulih, setelah lama terganggu.. tak tahu berpunca dari mana sebenarnya dan saya pun mula terasa sangat2 'down' dan berputus asa.. hanya satu di fikiran ... tak mahu lagi berblog... (walaupun bukannya seorg yg aktif berblog ponnnn...hihi)
Tapi alih2 hari ni, bila saya kembali ke blog, elok je dapat buka blog ni.. tq buat semua rakan-rakan blog yg dikasihi nza 4fn1mf-family, ina Terimalah Aku Seadanya Aku.....Azlina, nor secubit garam dan semua yg sudi memberi respon dan yang sudi berkongsi idea dalam memulihkan penyakit yang blog saya hadapi ini.. toceh..toceh..
MOOD :) ~ HAPPY SANGAT..

20 January 2012

~cuti datang lagi!!

Assalamualaikum wmth...
Apa khabar semua.. diharapkan walau dlm apa jua keadaan pun, kita semua sentiasa di dalam barakah dan lindungan Allah selalu... Aminnnn!!
Hari ni merupakan hari hujung minggu dan juga cuti sempena TBC.. yehawww.. cuti datang lagi!! mmg best la, tambah2 permulaan sekolah yg meng'stress'kan.. dan, kita berpeluang untuk merehatkan sekejap minda yg berat!! huhu..
Memandangkan kita bercuti dari bekerja, maka kita mula bekerja dalam bercuti... feninnn..
ye la kan, bercuti dari kerja makan gaji, tapi kita bekerja pula utuk keselesaan hidup!! mengemas dan membersihkan rumah yang tak pernah habis2.. bestnya kan kalau kita ada 'bibik' yang dapat membuat semua kerja2 rumah kita... tapi, itu hanyalah anganan yg tak mungkin tergapai dek hajat.. hehe..
Haha.. operasi pertama cuti kali ni, membersihkan kipas2 yg dah berabuk hitam.. mak oiii dari mana la datangnya habuk2 yang tebal ni.. x de ke tempat lain yang boleh disinggahi selain dari tempat yg tinggi2 cam kat kipas2 tu... kalau kat bawah2 senang la sikit saya nak membersihkannya... ini kat atas, jawabnya si hubby la kena buat semua tu.. seb baekkkk!! hihi jom layan..


huh.. kesian.. habuk masuk hidung!!


ni haa... habuk2 yg menghuni kt kipas2 tu..

Sudi-sudikanlah singgah di teratak ini...

Always remember Allah

my happy life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

da'only one...

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

hepi besday..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers