Followers

06 September 2009

Kau tetap datang...


SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR 2009...SEMOGA BEROLEH KECEMERLANGAN...
Kepada pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR, semua warga Sekolah dan ibubapa, mendoakan kejayaan anda semua .. InsyaAllah..

Walaupun rasanya terlalu cepat ia datang..tapi itulah hakikatnya...kau tetap saja muncul bila tiba waktunya..bak kata Zizan, bersedia atau tidak bolos saja dinding itu...Ya..pejam celik dah masuk bulan september..bulan yang akan menguji sejauhmana kemampuan para pelajar dalam sesi pembelajaran di sekolah kebangsaan..UPSR..walaupun bagi sesetengah orang ia tidak meninggalkan apa2 kesan..tapi bagi kami para guru...itulah bukti kesungguhan kami dalam mendidik pelajar...dan rasa gementar kami lebih lagi berbanding murid yg akan menghadapi exam...he..takut!!!

UPSR adalah medan penguji tahap pengetahuan murid setelah 6 tahun berada di sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan inilah yang merupakan satu asas dan persediaan bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar dan menarik di sekolah menengah kebangsaan nanti..

Untuk semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, saya ucapkan selamat menempuh peperiksaan pada hari selasa nanti... Anda boleh baca beberapa tips dan petua untuk bersedia menghadapi peperiksaan...Lagipun esok cuti Nuzul AlQuran, jadi anda mempunyai masa yang cukup untuk bersedia.. Saya percaya, dengan persediaan dan keyakinan pada diri sendiri, anda pasti boleh mencapai apa sahaja yang anda inginkan.

Bagi semua anak2 didik ku..selamat menjalani UPSR, semoga mendapat kejayaan nanti...sesungguhnya cikgu telah merestukan dan menghalalkan segala ilmu yg cikgu curahkan..Agar semua mendapat keberkatan dariNya...Insyaallah...

5 comments:

maiyah said...

salam cikgu, sy tringt tgk kisah pengorbanan sorang ckgu dalam cite bollywood tajuknya black mengajar anak OKU sampai berjaya.. mmg terharu sgt cite tu.. tima kasih cikgu2 suma

HASNAH said...

Mesti best citer tu kan Maiyah...sama2..

ummi humaira said...

semoga anak2 yg dididik beroleh kejayaan hasil keringat serta penat lelah cikgu2 yg tidak mengenal jemu..

HASNAH said...

Insyaallah Ummi...

nza said...

good luck kpd semua calon UPSR 2009. semoga kejayaan menjadi milik mrk semua..insyalllah!!!!

Sudi-sudikanlah singgah di teratak ini...

Always remember Allah

my happy life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

da'only one...

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

hepi besday..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers