Followers

27 June 2009

e-book...


Ari ni walau macam mana busy pun...sy nak jugak masukkan n3...sebenar nyer banyak sgt citer yang nak ditulis...sampai tak tau nak tulis yg mana satu...last nyer satu abuk pun sy tak masukkan dalam n3.

Ari ni 27.06 (sabtu) kat tmpt sy ada sesi persekolahan ganti untuk ari rayer poser nanti...tp pg tadi ada taklimat unk penggunaan modul UPSR di SMK Permaisuri Nur Zahirah...tgh taklimat GB call bagitau kalau taklimat abis awal...sy kena balik ke sekolah disebabkan ada beberapa perkara penting yg kena diselesaikan....biar betul boss....tak kan ler mcm tuh...tapi nak tak nak pun...lebih kurang kul 11.00pg sy bertolak pulang ke sekolah...oooo ruper nyer esok kena ganti GB ke mesy unk penyampaian e-book...unk murid tahun 5... ni yg sy malas...tp dpn GB...angguk jer la pandai...lagipun sy ni jenis tak reti nak bantah cakap boss...yer la tuh...

Program nyer pd 29.06 (isnin) nanti...di SK Apal...Saya mewakili GB ke majlis tersebut...Sebenar nyer GB tak dpt hadir kerana menghantar anak nyer ke IPTA...
Walau apa pun...tugas tetap tugas...

Sebenar nyer sy sendiri pun lum prnh tgk e-book tuh...tp setahu sy e-book tu mengandungi semua buku teks dan keperluan P&P bg pelajar untuk penggunaan ke arah e-elektronik...

Betapa beruntung nyer anak2 kita pd zaman ini...seribu beza berbanding ngan era kiter dulu2...mungkin e-book tu lebih krg cam dlm pic tu tak???? nanti ari senin ni...sy attach kan pic sbenor e-book tu...

Kul 12.45 tgh hari ada pulak taklimat untuk sukaneka sekolah pd 01 julai nanti...wah2 byk tul kerja2 yg duk menunggu...sy plak ditugaskan unk membeli hadiah...ke KB lg nampak nyer...tuh yg best walau penat dpt gak g jalan2 kt KB...

25 June 2009

Award & tag dr Ina...


1. Copy badge "2009 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
* done *

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
* Azlina - Terimalah aku sedanya * rakan yg baik yg saya kenal di tenet...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)

* ari tu dah di tag...dan dah bagi 10 fakta/hobi...tapi ...tak best ler benda yg sama...so ini adalah fakta/hobi yang lain plak...baca tau...

- suka tanam pokok bunga...banyak tau...macam2 ada...
- suka cuci kreta...jangan tak caya...
- pandai melukis...
- sorang yg kreatif - agak nyer!!!!!
- suka kumpul botol minyak wangi....ala yg murah2 jer....
- suka tempah baju....seminggu mesti sehelai...kadang2 dua...
- suka pergi pasar minggu...dpt tgk macam2...
- suka beli majlah......setiap bulan langgan 5-6 buah majalah......
- pelan rumah baru, sendiri design......jgn tak caya
- sebelum jd cikgu.....dulu pernah kerja sbg pelukis pelan dkt firma arkitek....

stakat 10 jer ker? byk lg nih nak criter........

24 June 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB

Cepat nyer masa berlalu....tak lama lagi ramadhan menjelma...maka bulan ni paling amat sesuai untuk membuat persediaan diri...walau sesibuk mana sekalipun kita...
Renungkan lah...

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

23 June 2009

Award dan Tag dr Fizan...



Fizan... trima kasih banyak2 bg award kt saya...tp nak buat tag tu cam tak pandai jer...tp sy cuba ler dulu...walau apa pun thanks anyway....

The Rules:-
1. Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
-Kenal (dlm tenet) sebelum terlibat dgn serius dlm dunia blogging.
-Sgt meminati semua hasil tangan beliau
-Seorang yg baik hati, prihatin dan peramah
-Merupakan sorang cikgu yg baik yg sering memberi tunjuk ajar dalam mem'blog'...
-Cepat mesra...smoga perpanjangan ukhwah antara kita...

2.Jot down 10 interesting facts about yourself or your hobbies
-Sorang yg suka berkawan
-Ujung minggu suka jalan2 makan angin (kalau smpt la....)
-Banyak blajar jahit manik dr tenet (kdg2 tgk Fizan Punyer)
-Sgt syg pada kanak2 (tu pasal jd cikgu kot)
-Br abis smbg blajar...tu pasal ler baru dlm blog...dulu busy sket...
-Mudah panik...
-Sgt suka ketawa...(bukan tak tentu pasal plak...tu dah kes lain)
-Kadang2 garang...boleh bilang brapa kali...
-Ini adalah lappy ketiga yg digunakan...(beli pertama dpt ko asben, kedua plak dpt ko doter, ni....sdiri punyer...jgn kacau...
-Sume baju jahit sulam manik sdiri...


3.Pick your 10 most deserving receipients and discribes them
-Razi...Sorang guru yg mancho(kata nyer)dan rajin...(jwb tau...)
-Ena, Ibu muda yg akan menyambut baby baru...(task ni pun senaman jugak)
-Azlina, rakan blog yg rajin jengah 'my blog'
-Eriey, ni salah satu cara nak elakkan diri dr bersedih...(jgn mareee)juga merupakan org pertama yg jd follower sy
-Anis...Sorang yg masih blajar...dan dah biasa buat task...ni salah satu tau..
-Azah, cikgu yg dok mengajar kt sabah
-Tinie...
-Mamaqaypo
-Faizah
-NurAzeeda

4. Leave a comment on the receipients blog to tell them they've been tagged
WILL DONE>>>

5. Paste the award badge in your sidebar
Will Done>>>


-

22 June 2009

Lelaki Vs Wanita....

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. …….
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN? ?????

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN?? ?????

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.


WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa...

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah
(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka
mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai
ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan
ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi
kat dunia ni....Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari
kelemahan saya yang nyata.
Entry nie untok kite kongsi bersame dan juge memanfaatkan nye..INSYALLAH.
semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W..T. amin.assallamualaikum

Renung...renung kan lah....

21 June 2009

Maka ceritera nyer bermula.......



Sebelum sy bercriter lbh lanjut...terdahulu nyer ingin sy mengambil kesempatan unk mengucapkan selamat menyambut 'HARI BAPA'pada semua bapa2 di Malaysia (kt lain...hari bapa disambut pd hari lain Plak kan....)termasuk ler ayah sy...(bg ucapan kt sini pun bukan nyer dia tau bukak pun...(tp tadi dah phone call ucap slamat hari bapa...sy sgt sayang kamu....)

Memandangkan hari bapa disambut pd minggu ketiga setiap bulan jun...dan berkebetulan disambut pd hari ini bersamaan 21 Jun dan sume org bercriter mengenai bapa masing2 maka di sini sy juga ingin berkongsi sedikit dr rimbunan criter dengan rakan blogger yg lain mengenai bapa sy....

Bapa saya dah berusia 84 tahun...lewat usia nyer sebegini...kasih dan sayang sy pada nyer lebih melimpahruah...manakan tidak...selama sy dibesarkan sehingga sekarang...sy rasa sy adalah anak yg paling rapat dengan beliau...walaupun sy masih ada seorang adik lg...Walaupun beliau adalah seorang yg garang....(x byk cakap jugak.....) sy suka meluahkan segala masalah sy pada nyer...dr semenjak sy kecil...bahkan sehingga sekarang walaupun sy dah berkahwin hampir mencecah 17 tahun...
sume adik bradik sy yg lain...agak krg berkomunikasi kerana ayah sy seorang yg tegas dan agak pendiam...sebijik kata keluar dr mulut nyer adalah arahan yg patut dilakukan....

Biarpun begitu....sy amat memahami beliau...walaupun ayah saya bersikap malah bersifat begitu tetapi beliau adalah seorang yg sangat penyayang dan amat meyayangi sume ketujuh2 orang anak nyer...dan sy merasa begitu bertuah kerana saya boleh rapat dengan nyer....apalagi kini ikatan kasih sayang sy tertumpah pula kepada anak perempuan sy yg sgt menyayangi datuk nyer ini (ayah sy)...Jgn tak percaya...setiap kali kami pulang ke kampong...anak perempuan saya suka melayan cakap dengan datuk nyer....malah sering memotong dan membersihkan kuku datuk nyer...hatta kuku kaki sekalipun....kekadang tertitis airmata melihatkan kemesraan dan kasih sayang yg ditunjukkan anakku pada ayahku....

Rasa nyer begitu sukar unk sy membalas jasa beliau...tapi sy berharap agar rakan blogger yg lain menitipkan sedikit doa agar beliau dilanjutkan usia unk terus hidup kerana niatku hanya satu...ingin segera menyiapkan rumahku yg baru yg sedang dlm pembinaan ini dengan sebuah bilik khas yg disediakan untuk beliau...tambah pula...rumah yg sy bina ini adalah di atas tanah pemberian dari ayah saya di atas nama kasih sayang.... Rumah baru sy ini dijangka siap pada awal tahun depan...insyaallah...mudah2an Allah permudahkan segala nyer...amin...

Apa2 pun buat ayah saya....Selamat Hari Bapa....dan semoga ayah tahu...sy sgt syng kamu....

Tak lupa juga ingin saya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah anak saya...dengan ucapan terima kasih di atas segala kasih sayang yg diberikan kpd anak saya dan saya sendiri....WE LOVE YOU....

20 June 2009

third place...vs...first place



alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5349382887636960850" />



Ari ni penat betul dok kt padang seharian...Daerah kami br mengadakan sambutan hari guru peringkat daerah...

Semalam sy dah criter tentang petanque...ye la yang saya uruskan pasukan vip tuh...Ari ni perlawanan kt pdg SMK Nasarudin, Besut. Semangat betul pasukan kami tuh...daripada 8 pasukan kami dapat tempat ketiga...terer la tu... yang best nyer lagi pasukan petanque lelaki dari zon kita dapat johan....tahniah....tahniah...pd gb yang terlibat...

18 June 2009

Tok Bali....




Petang tadi sy dan keluarga ke Tok Bali, Pasir Puteh. Hujung minggu macam ni biasa lah...cari lauk pauk nak masak...maklum ler dah beberapa ari ni tak sempat nak masak.

Esok ari minggu...ingat nak masak kari kepala ikan...pandai ker???....cuba lah...tapi yang respect nyer walau cam mana pun sy masak...my hubby and my daughter tak pernah nak kesahhh....sedap ker....tak ker.... makan jer....Kepala ikan merah yang besar tu harga nyer rm18 sekilo...dan harga sotong plak rm10 sekilo...kalau yg saiz kecik tu murah sket...

Semasa nak balik...keta plak buat hal...apa kes???oooo ruper nyer bateri plak kondem...nak buat camner ye B...kat situ mana ada kenal sesapa pun...tapi memang nasib masih menyebelahi kitaorang...ramai nak muda yg dok sembang kt situ menolong kitaorang...tolong tolak......yeeehaaa....dah idup pun keta...trima kasih ye dik...jasamu akan dikenang...kami terus cari workshop......tp dah malam...mana nak cari workshop kat sini...biasa lah kt tmpt sy ni kebanyakkan kedai2 hanya dibuka sehingga petang...tp Allah masih nak menolong agak nyer jumpa gak sebuah workshop yg masih blm tutup.....last nyer bateri dah diganti dan kami pulang hampir lewat malam........

Petanque...

Nak sebut nama game ni pun susah...apalagi nak main...nampak cam senang...tapi kalau bagi saya yang belum try...jgn kata ianyer mudah...memang susah...

Kenapa ari ni sebut pasal game ni...sebenar nyer selama ni sy belum pernah main petanque...tapi tetiba tadi sy dipanggil mesyuarat (bidang terjun)unk menguruskan satu pasukan petanque bagi vip (kumpulan guru besar la tu). Satu pertandingan akan diadakan pada ari sabtu ni sempena ari guru peringkat daerah...

Ari ni smpt ke padang...berkenalan dengan kumpulan vip nih...gb perempuan la...kumpulan gb lelaki plak...pengurus nyer adalah gb skolah saya....

Tapi kali ini sy tak dpt sertakan pic nyer...tadi gi padang luper nak bw camera....nanti tiba game sebenar sy akan sertakan pic nyer skali....ok....

16 June 2009

Masak????????

Dua tiga ari ni cam biasa laaa...dah mula keja...jadi nyer x smpt nak masak...jalan kt blog kengkawan...asik crite hal masak jer....memang mengiurkan...lecur air liur...tp...x smpt nak masak beb....

Ari ni ke restoran Yala...makan nasi goreng ayam jer...ngan air karot...my daughter pun sama....layan.....zassssss.........





14 June 2009

hari yang sibuk...

Ari ni skolah dibuka seperti biasa (bagi negeri yang berkenaan jer)...walaupun sibuk dengan tugas2 yang menunggu...saya celah kan juga masa untuk berblog di sini...kerana ianya adalah sebahagian dari tugas tak rasmi (yer ker?)...

Ari ni ada perhimpunan pagi...dan sekolah kita dapat seorang guru baru dari Sek Methodist (L) Kuala Lumpur...namanya Nur Asiah...Selama datang ye Cikgu Nur... semoga dapat membiasakan diri di sekolah baru...

Pagi2 lagi dapat dua memo untuk mesyuarat kecemerlangan UPSR...dan sukaneka sekolah...setelah bermesyuarat...keputusan nyer...kita adakan sukan pada 1 julai dan kem motivasi UPSR di Kem Sri Keluang, Besut pada 9, 10 dan 11 julai nanti...memang banyak kojo nih Jang...tapi dah biasa....

Laaaaaa....masa nak balik petang tadi dapat plak surat kene pegi kursus 'SisMakan' kat PPD Besut esok dan lusa...biar betulll....

13 June 2009

esok....kerja.....

Yahooo....sok dah stat keje...cuti 2 minggu...rasa cam tak cuti jer...jam celik...jam celik...sok skolah dibuka...

Ari ni dok settle apa2 yg patut...ape yg penting....kerjasama...wonderpet2...alamak melalut plak...

Ari ni jugak nak siapkan jahitan manik pd baju baru...nak gi skolah sok...jahit jangan tak jahit...

09 June 2009

Janji semalam...

Seperti yg dijanjikan semalam...ari ni nak attach kan pic bag my daughter dan tudung saya yang sempat beli di Rantau Panjang semalam...Cantekkk kerrr?



08 June 2009

lagi-lagi kenduri...kenduri....

Dalam dua tiga hari ni...asyik-asyik keluar makan kenduri jer...sampaikan tak sempat nak masak kat umah...Semalam 7hb Jun...sy pegi menghantar anak sedara yang kawen ari tu ke umah pengantin lelaki...



Ari ni plak 8hb Jun Saya dan keluarga ke Kota Bharu...umah cousin...nikah anak nyer yg nombor dua...pompuan...






Tapi memandangkan kami terawal sampai...maka kami tak smpt jumpa ngan pengantin lelaki...tp mungkin lain kali...jika diberi kesempatan...Sebenar nyer bukan tak nak tunggu rombongan lelaki sampai...tapi kami nak gi shopping kat Rantau Panjang....alang-alang dah duk kat sini kan....

Best nyer masa pegi umah cousin tu dpt jumpa member-member lama yang dah lama tak jumpa...smpt ler jugak kami bergambar bersama...



Masa on the way pegi Rantau Panjang tu alamak hai...jalan nyer...mesti jem...Tp...biasa ler...musim cuti cenggini ramai tul pengunjung kat sana... Jalan plak jem memanjang...Rase nyer semua pengunjung yang ada kat situ adalah dari luar Kelantan..Saya ambil kesempatan beli buah-buahan...kat sana buah laici RM9 sekilo... mempelam plak RM10 tiga kilo...






My daughter plak beli beg...dua biji sekali...kata nyer comel...My hubby apa lagi beli jeans...kata nyer ok gak jeans kt situ...Sy apa lagi...shoping tudung la... kata penjual tu pesen baru...rasa nyer sy pun boleh buat nih...tapi begitu kesuntukan masa...insyaallah nanti sy cuba usaha kan untuk menyiapkan tudung sebegitu...

O.k lah esok nanti sy attach kan pic-pic yg lain...memandangkan ari dah lewat malam nih...maklum lah baru sampai dari Rantau Panjang dan badan plak rasa letih-letih...perkara yang terbaik rasa nyer adalah tido..... chow...

04 June 2009



Sronok bersembang ngan sepupu sepapat dpt jumpa skali skala....

kenduri.....


Ari ni 4 hb Jun..kenduri kat umah sister in law...kawen anak pompuan bongsu dia...su ti. Kenduri nyer x lah beso mano pun...ala kadar jer la...musim2 cenggini byk sgat yang buat kenduri...

Pic ni diambil semasa pengantin lelaki nyer blm tiba...jd tak de la pic nyer...sy plak kena bergegas balik nak gi kenduri kt tmpt lain plak...so jadi nyer ambil pic ngan pengantin pompuan jer la...

03 June 2009

lagi-lagi busy....busy....busy....



Assalamualaikum sume blogger yang tidak jemu2 untuk datang berziarah di laman ini...Dah dua hari sy tidak sempat unk mengupdate laman nih...betapa bnyk kekangan yg perlu dihadapi...

Pertama sekali nyer pd 1 - 3 hb tu ada extra class for UPSR student... jd nyer cam skolah spt biasa ...masuk kul 8pg - balik kul 1 tgh... pada 1hb tu actually nyer birthday my hubby...ptg br smpt sambut...tu pun ala kadar jer lah...gi beli "takeaway" KFC and then gi tepi pantai makan jer...cuma kami 3 beranak...

happy belated day for my lovely hubby....

Tapi sayang nyer pic masa makan tu x smpt nak candid...tgk2 abissss....licin....
Hanya pic yg dok posing suke2 tu jer yg smpt ambik...

Pd 2hb plak...lps klas g umah kwn makan kenduri naik umah baru...cantik weh...besar...budget nyer...lumayan sih...
Tengok pic kt atas yg smpt sy edit tuh...cantik kan...

Ari ni 3hb ...pun masih ada klas...tapi ari ni tak de plan nak gi mana2...so boleh la ngadap laptop nih...Anyway thanks for my blogging member...Fizan cos sudi tunjuk ajar kawan mu ini yg masih merangkak dlm mengemaskini blog ni...juga buat member2 blogging yg lain...trimas kerana memberi sokongan pada ku....keh...keh...adussss...

Esok 4hb ada jemputan kenduri kt Setiu plak...cam mana nih? fenin2...bukan nyer satu....bahkan tiga jemputan yg kena dipenuhi....
makan...jgn tak makan...kata nak bina body....

01 June 2009

First Award...


nih adalah award pertama yg sy dpt dari MamaQaypo in Da House....tanda persahabatan...thanks ya MamaQaypo....

Sudi-sudikanlah singgah di teratak ini...

Always remember Allah

my happy life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

da'only one...

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

hepi besday..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers