Followers

16 May 2010

penat jugak!!




Hari ni, 16 mei 2010, sekolah saya mengadakan
sambutan hari guru peringkat sekolah...
memang meriah, dan seperti selalunya juga
aktiviti yg diadakan banyak melibatkan guru..
tapi tak tertinggal juga aktiviti yang
melibatkan pelajar...

Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi dan
ucapan rasmi dari Menteri Pelajaran dan Pengarah
Pelajaran, yg disampaikan oleh guru besar dan guru penolong kanan
dan majlis diikuti dengan nyanyian 'kami Guru Malaysia'
dan lagu tema 'Guru Pembina Negara Bangsa' oleh para guru.

ok, jgn boring tau...nak citer lagi ni...
Seusai perhimpunan pagi, kami para guru ke padang
sekolah untuk menjalankan aktiviti padang yang
merupakan acara sukaneka guru dan diadili oleh
para pelajar...mmg gamat..sampai terbahak2
ketawa...dan yang pasti saya juga dapat hadiah
kategori 'boling padang'..

Memang dah rezeki, guru lelaki menang bolasepak
4-0 dgn pelajar, begitu juga guru perempuan menang
bolajaring 6-0..walaupun begitu, kami para guru
bersepakat unk menyerahkan hamper pemenang
kepada pelajar...wah! seronok mereka..dpt hamper
yang besar...

Selepas waktu rehat, aktiviti dewan pula berlangsung..
para pelajar masing2 membuat persembahan yg baik..
begitu sukar untuk memilih pemenang..
walaupun hanya 2, 3 hari sahaja berlatih, tapi
persembahan mereka boleh dianggap baik dan
para guru seronok menyaksikannya..
di samping tu juga, para guru begitu 'sporting'
untuk menyampaikan lagu dan sajak untuk
menghiburkan para pelajar..dan sudahnya banyak
permintaan pelajar supaya guru terus menyanyi
tidak dpt dilaksanakan kerana acara dah sampai
ke penhujungnya...

Hepi dan penat..anyway layan pic yg saya snap
hanya dengan menggunakan handphone..
kamera digital tiba2 wat hal...tensionnnn!!

Di kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan
"Selamat Hari Guru" buat semua yg bergelar guru..


1 comment:

nza said...

mmg meriah....skali sethn....

Sudi-sudikanlah singgah di teratak ini...

Always remember Allah

my happy life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

da'only one...

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

hepi besday..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers