Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu di blog
kesayanganku ini. Semua idea hanya terpendan & terperam dalam minda sahaja. Banyak perkara
menarik untuk diceritakan dan dikongsi tetapi bila sampai masa nak menaip, tiba2
boleh pulak aku kehilangan mood… aduyaiii.. maafkan aku wahai sahabat!!
Tapi.. walau payah sekalipun, kali ini ku gagahi untuk ku menitipkan sesuatu yang padaku agak bermakna dan bererti..Sesungguhnya tiada apa yang ingin ku pinta lebih padaMU Ya Allah, cuma ucapan Syukur dari hati yang terlalu tulus di atas semua anugerah kurniaanMU padaku insan yang lemah ini..
Hakikatnya, sejak kebelakangan ini Rahmat yang KAU turunkan buat kami sekeluarga terlalu
besar.. sesungguhnya buat seketika tiada yang ku mohon lebih, cuma sekadar ucapan SYUKUR yang tak terhingga..
Syukur Ya Allah dgn segala limpahan nikmatMu yg tidak putus-putus meliputi setiap detik nafas dan kerdipan mata kami dan setiap rezeki yg Kau sampaikan kpd kami di kala ingat atau lupa kpd di Kau Ya Allah! Kau jadikanlah kami di kalangan org2 yg dapat melihat wajahMu yg agung di akhirat dan bukan sekadar mrk yg memasukki syurgaMu tanpa hisab! Amin!
No comments:
Post a Comment