Followers

08 July 2009

Ahhh Lega...

Sengaja sy bagi tajuk N3 pada kali ini spt di atas...maklum lah sy betul2 rasa lega sangat2 kerana pengumuman yg dibuat oleh menteri pelajaran hari ini...Walaupun pemansuhan nyer bermula 2012 nanti...

Melalui pemerhatian para guru, antara sebab mengapa pelajar tidak berminat dalam P&P PPSMI ialah kerana mereka tidak faham. Penggunaan bahasa yang mudah difahami murid iaitu bahasa ibunda dapat mengatasi masalah ini. Tambahan pula istilah sains seperti photosynthesis faleum dan herbivourous sukar dieja, dibaca,diingat dan difahami. Oleh sebab inilah cadangan para guru supaya standard Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dikukuhkan terlebih dahulu diambil perhatian. Peruntukan masa PPSMI yang tidak mencukupi juga disuarakan oleh para guru dalam kaji selidik ini. Mereka turut mengingatkan bahawa bukan semua pelajar prasekolah mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ini juga pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah amat tidak sesuai.

PPSMI menjadi satu beban bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru. Ini adalah disebabkan terdapat guru yang lemah dalam penggunaan Bahasa Inggeris, bukan hanya pelajar. Guru-guru ini belum bersedia menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Kursus-kursus dalam perkhidmatan yang diadakan untuk para guru bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran subjek-subjek PPSMI juga tidak mencukupi dan tidak berkesan.

Apa pula cerita dengan UPSR? Pening kepala guru-guru Sains termasuk ler sy nak menukar istilah, cara-cara menjawab dan sebagai nya. Apa-apa pun mari lah kita berdoa agar sistem pendidikan kita akan bertambah baik dan maju untuk kebaikan generasi akan datang. Sekian.

3 comments:

Eta LaZiM said...

hhmm... MANSUH pulak? cian anak2 kita.. dah CELARU otak dorang...

Atie A. Razak said...

Yalah, setuju dgn MaMaQaYPo...kesian anak2 kita...mereka baru berjinak2 dgn BI, tiba2 tukar. Sy secara peribadi suka ank2 diajar dgn BI ni.... dari Tadika lg ank2 dh sy antar ke tadika english medium..... tk tau boleh belajar... selagi hayat dikandung badan kitakan mesti sentiasa belajar...

HASNAH said...

Mamaqaypo...anak satu hal...kiter ni pun dah rasa biol...tak tau nak buek camno dah...bi...bm...bi...bm...he...he...

PakKaramu...salam ziarah, terima kasih...

Atie A Razak..tak per...biar diorang advance...walaupun PPSMI tu mansuh tapi diberi penekanan dlm subjek BI...banyak lg yg kena bljr...kesusasteraan english lagi....

Sudi-sudikanlah singgah di teratak ini...

Always remember Allah

my happy life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

da'only one...

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

hepi besday..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers