Followers

17 May 2009

Kerja..oh...kerja...

Assalamualaikum
Cikgu sekarang ni adalah jawatan yang amat mencabar.Kebetulan pula saya merupakan seorang guru subjek dan juga PK Hem. Memang keja banyak....dah abih bab sekolah kena masuk hal pentadbiran. nampak ja macam gaji besa (besa ker?...) tapi kena potong hampir separuh byr loan umah..nasib baiklah dua-dua orang keja...itupun saya rasa masih tak cukup dengan nak dibandingkan dengan masa sekarang yang semuanya (barang naik).
Sapa pernah baca komik dan pernah tonton drama atau kartun mesti dapat tau macamna perangai budak skolah sekarang.Cerita kat jepun tu dah merebak keMalaysia.dengan pelbagai kerenah murid pelajar termasuk juga ibu bapa.
Jadi dalam hal mendidik ni bukan setakat tertanggung atas cikgu semata-mata. Tapi tanggung jawab masyarakat dan ibu bapa.Zaman saya sekolah dulu kami semua boleh katakan takut dengan cikgu.Tapi bukan sampai takut nak p sekolah.Sungguhpun cikgu mengajar subjek lain tapi penerapan nilai murni kepada individu sekali secara tak langsung.Kalau kena rotan sebab tak ikut disiplin sekolah balik rumah takut plak nak bagi tau kat mak ayah.Nanti sakit lagi.Kena rotan dengan mak ayah plak.Cikgu plak kena pandai mengajar tak boleh nak ikut perasaan.kalau nak menghukum pelajar biarlah berpadan tak mau plak sampai lebam satu badan.Ibu bapa plak tak bleh nak terpa(terus jumpa) cikgu bila anak mengadu pasal hal guru diskolah seeloknya siasat betul-betul tak boleh main semborono tuduh cikgu yang bukan-bukan. Seeloknya peratikan perangai anaknya terlebih dahulu kan itu lebih baik.Kita menghisab menghitung diri adakah kita telah didik anak dengan elok?Sesungguhnya saya berpesan kepada semua muslimin dan juga pada diri saya.

org yg bukan cikgu nampak kerja ini senang...hujung minggu cuti, (ramai yg tak tahu boleh dikatakan hampir setiap minggu ada program itu dan ini- mak bapak duduk rehat2 kat rumah tp guru masih berhempas pulas kat sekolah, kalau orang lain boleh buat OT, tapi guru petrol ke apa ke sendiri tanggung!!)

Org cakap guru ni cuti sekolah, cikgu turut cuti ... padahal mereka tak tahu apa yg dok bermain dalam kepala guru merancang bagaimana nak tingkatkan prestasi murid (al-maklum meeting akhir tahun pasti GB/pengetua beri ingatan utk tingkatkan prestasi untuk tahun depan pulak)

kekadang bila mak bapak pergi ke sekolah lihat cikgu berbual2, lepak2 (padahal cikgu tu baru je berhempas pulas berikan ilmu utk mencerdikkan anak mereka selama sejam/ setengah jam)

kalau tugas cikgu hanya mengajar/mendidik (itu yg sepatutnya) takperlah! ini semua kerja2 admin pun kena buat. buat projek itu dan ini, pastu buat laporan, buat analisis bla...bla..bla. ..

Lebih parah lagi kalau guru dipertanggungjawabk an sebagai guru EMIS, DATA dll (sepatutnya dilantik kerani khas untk tugas2 macam ni)

tak masuk lagi Kokurikulum. .. Badan beruniform mesti ada 18x perjumpaan setahun (wajib rekod), itu tak masuk persatuan, sukan dll. setiap kali ada perlawanan sekurang2nya 2 minggu sblm tu dah kena tranning. tranning x boleh buat pagi kerana mengganggu Pembelajaran. bayangkanlah kat sekolah ada macam2 perlawanan hoki, bola baling, bola sepak, bola jaring, lepas tu perkhemahan badan beruniform.. ....... bla..bla..bla. .

lebih malang lagi kalau kat sekolah tu cuma ada 14 org jer guru...bayangkan lah semua kerja berat ( kerja org lelaki la..) semua cikgu2 tu kena buat ... ...... mahu putus urat kentut.... :P


Mana2 guru yg ditabal jd guru kelas lagi haru..... PEPATAH ARAB ADA MENGATAKAN "SESIAPA YG TAK MERASAI, TAK AKAN MEMAHAMI & TAK AKAN MENGERTI"

itulah guru kalau nak sembang pasal beban guru memang tak cukup masa, cuma bila terdengar guru akan mengajar dari 7.45 pagi hingga ke petang ... , ramai guru yang hilang sabar Anak orang kami jaga, anak kami sapa nak jaga!!!

apa2 pun guru tetap guru, mengajar tetap mengajar, mendidik setiap masa.... usah mempertikaikan keiikhlasan guru kerana hanya itu antara mereka dengan ALLAH!Saya menceritakan perkara diatas untuk masyarakat memahami jerih payah guru (di semenanjung sahaja tu, kalau di sabah & serawak, silap2 boleh menitis air mata), dan ingatkah mereka juga seorang manusia seperti anda! apa yg anda perlu, mereka juga begitu......

Tahniah kepada semua guru2 malaysia atas kejayaan mendidik anak bangsa dalam UPSR baru2 ini.. Moga Allah memberkati kalian!! Tabik springg untuk cikgu!!!

wallahua'lam

No comments:

Sudi-sudikanlah singgah di teratak ini...

Always remember Allah

my happy life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

da'only one...

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

hepi besday..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers